SOAL JAWAB MASALAH AGAMA



Tuesday, December 15, 2009

HUKUMAN REJAM DI SOMALIA KERANA BERZINA


Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan.Seorang wanita yang mengaku melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan."Ini merupakan hari penghakiman," kata Osman kepada orang ramai."Kami telah melakukan siasatan dan mereka sudah mengaku," tambahnya.



Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati.Menurutnya, seorang wanita yang mengaku berzina itu dihukum 100 kali sebatan kerana dia menyatakan dirinya masih belum berkahwin. - Agensi

Monday, December 14, 2009

SEMOGA BERJAYA


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

JADILAH MUSLIM YANG BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sunday, December 13, 2009

REHAT MINDA

Nak ajak semua pembaca berehat seketika sambil bermain dengan satu permainan yang saya belajar dari seorang rakan.

1. Tulis bilangan adik beradik lelaki, adik beradik perempuan dan bilangan datuk dan nenek saudara yang masih hidup.

2. Darabkan bilangan adik beradik lelaki saudara dengan 2 (jika tidak ada adik beradik lelaki, teruskan langkah di bawah)

3. Jumlah di atas, campurkan dengan 3

4. Jumlah di atas, darabkan dengan 5

5. Jumlah di atas, campurkan dengan bilangan adik beradik perempuan (jika tidak ada adik beradik perempuan, teruskan langkah di bawah)

6. Jumlah di atas, darabkan dengan 10

7. Jumlah di atas, campurkan dengan bilangan datuk dan nenek yang masih hidup (jika tidak ada, teruskan ke langkah di bawah)

8. Tolak 150 dari jumlah di atas.

9. Tuliskan jawapannya di atas kertas …. dan perhatikan

Nombor di ruang ratus adalah bilangan adik beradik lelaki saudara

Nombor di ruang puluh adalah bilangan adik beradik perempuan saudara

Nombor di hujung (ruang sa kalau ikut istilah Matematik di zaman saya) adalah bilangan datuk dan nenek saudara yang masih hidup

SELAMAT MENCUBA