SOAL JAWAB MASALAH AGAMA



Friday, November 16, 2012

Madrasati jannati

Friday, August 24, 2012

Semangat Jordan Datang Kembali.......Jom belajar Di Jordan

Monday, May 14, 2012

NADWAH BAHASA ARAB 2012 PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Wednesday, January 11, 2012

Tips Belajar

Tips Belajar


'Dean List' Kerana Allah

Sab, 10 Dis 2011 16:59 Muhammad Fahmi .Kehidupan sebagai seorang pelajar pastilah tidak dapat lari daripada peperiksaan. Apabila menyebut tentang peperiksaan, tidak dapat tidak, keputusan peperiksaan amatlah dititikberatkan. Sudah menjadi lumrah, yang mendapat markah tinggi itu bersalut kegembiraan dan mereka yang mendapat markah rendah berselubung duka.
Setelah keputusan peperiksaan keluar, terdapatlah beberapa orang pelajar yang tidak mendapat markah yang diharapkan. Selepas selesai bermuhasabah, maka mereka berpendapat, belajar bukan kerana Dean list, tetapi belajar kerana Allah. Sekali saya memandang seperti tidak ada yang silap.

Ya, benar! Belajar kerana Allah. Tidak ada yang silapnya di situ.

Saturday, July 23, 2011

Bersukan dengan rahmat Allah

TAMPIL dengan pakaian yang menutup aurat tidak menghalang tekong skuad wanita Indo- nesia, Cahaya Permata Fahrani melakukan libasan kencang ketika beraksi pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia Perse- kutuan Sepak Takraw Antara- bangsa (Istaf) 2011 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Cahaya Permata, 18, berkata dia tidak merasa kekok walaupun memakai 'hijab' dan seluar panjang ketika beraksi dalam mana-mana kejohanan.
"Sebagai muslimah saya rasa bangga beraksi di gelanggang tanpa mendedahkan aurat," katanya ketika ditemui semalam.
Cahaya Permata yang mula berjinak dengan sukan sepak takraw pada 2006 berkata, pada pandangannya, ia tidak menjadi kesalahan wanita muslim yang bertudung aktif dalam sukan selagi menjaga aurat seperti yang disyariatkan oleh agama Islam.
Atlet Indonesia yang berasal dari Sumatera Selatan itu berkata, dia mula memakai tudung pada 2007 sebagai menunaikan nazarnya terpilih menyertai temasya Sukan Olahraga Nasional Indonesia (PONI) tahun berkenaan.
Cahaya Permata yang belajar di Universiti Sri Wijaya, Kalimantan berkata, impiannya selepas ini adalah untuk beraksi di Sukan SEA Indonesia pada penghujung tahun ini.
Skuad sepak takraw wanita Indonesia terpaksa pulang awal kerana gagal melangkah ke peringkat suku akhir setelah tewas dua kali kepada China pada perlawanan saingan pertama kelmarin dengan mata 1-3 dan 0-3 pada perlawanan saingan kedua semalam.