Thursday, December 22, 2011
Monday, November 21, 2011
Saturday, July 23, 2011
Bersukan dengan rahmat Allah
TAMPIL dengan pakaian yang menutup aurat tidak menghalang tekong skuad wanita Indo- nesia, Cahaya Permata Fahrani melakukan libasan kencang ketika beraksi pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia Perse- kutuan Sepak Takraw Antara- bangsa (Istaf) 2011 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Cahaya Permata, 18, berkata dia tidak merasa kekok walaupun memakai 'hijab' dan seluar panjang ketika beraksi dalam mana-mana kejohanan.
"Sebagai muslimah saya rasa bangga beraksi di gelanggang tanpa mendedahkan aurat," katanya ketika ditemui semalam.
Cahaya Permata yang mula berjinak dengan sukan sepak takraw pada 2006 berkata, pada pandangannya, ia tidak menjadi kesalahan wanita muslim yang bertudung aktif dalam sukan selagi menjaga aurat seperti yang disyariatkan oleh agama Islam.
Atlet Indonesia yang berasal dari Sumatera Selatan itu berkata, dia mula memakai tudung pada 2007 sebagai menunaikan nazarnya terpilih menyertai temasya Sukan Olahraga Nasional Indonesia (PONI) tahun berkenaan.
Cahaya Permata yang belajar di Universiti Sri Wijaya, Kalimantan berkata, impiannya selepas ini adalah untuk beraksi di Sukan SEA Indonesia pada penghujung tahun ini.
Skuad sepak takraw wanita Indonesia terpaksa pulang awal kerana gagal melangkah ke peringkat suku akhir setelah tewas dua kali kepada China pada perlawanan saingan pertama kelmarin dengan mata 1-3 dan 0-3 pada perlawanan saingan kedua semalam.
Wednesday, July 13, 2011
Thursday, June 30, 2011
Hukum bacaan Amin ketika solat fardhu
Dinukilkan juga dalam kitab ini tentang bacaan Rabbiqhfirli(Rabbku, ampunilah aku) (berdasarkan hadis hasan soheh). Sheikh Ali Subram Sulasi berkata, "Tidak menjadi kesalahan jika menambah dengan wa li waalidayya (dan kedua-dua ibu bapaku)".
Selepas menghabiskan bacaan Fatihah, disunatkan membaca Amin. Hadis Bukhari nombor 747 berbunyi, "Apabila imam menyebut Amin, maka sebutlah Amin. Maka sesungguhnya sesiapa yang bersamaan bacaan Amin nya dengan bacaan Amin malaikat, diampunkan dosa-dosa terdahulu."
Terdapat empat wajah Amin dalam solat:
Dalam mazhab Syafie, disunatkan menyebut Amin seperti dalam (2) di atas seperti yang biasa kita dengar.
(Rumusan kuliah Maghrib, Uts. Abdul Aziz Arof, 26 Disember 2009, Masjid al-Hidayah, Sentul. Kitab Fathul Muin, ms 72 – 73)
Selepas menghabiskan bacaan Fatihah, disunatkan membaca Amin. Hadis Bukhari nombor 747 berbunyi, "Apabila imam menyebut Amin, maka sebutlah Amin. Maka sesungguhnya sesiapa yang bersamaan bacaan Amin nya dengan bacaan Amin malaikat, diampunkan dosa-dosa terdahulu."
Terdapat empat wajah Amin dalam solat:
- Menyebut ‘A’ dengan kadar satu harakat dan memanjangkan ‘miin’ dengan kadar empat – enam harakat. Bermaksud, "Perkenankanlah."
- Membaca dengan memanjangkan sebutan Alif (dengan kadar dua harakat) dan miin (empat – enam harakat). Bermaksud, "perkenankanlah permohonan kami."
- Memanjangkan sebutan ‘A’ dengan kadar enam harakat dan mensaqalkannya ke dalam huruf miim seperti membaca hukum mad lazim kalimi mustaqqal. "Aaaaaammiiiiiiin." Maksudnya, "Kami benar-benar datang kepada-Mu, dan hanya Engkaulah yang layak menerima permohonan kami."
- Menyebut ‘Aa’ dengan imalah, iaitu melewehkan bunyi ‘Aa’ (sebutannya menjadi Eemiin). Bermaksud, "Hanya Engkau yang dapat memberi petunjuk."
Dalam mazhab Syafie, disunatkan menyebut Amin seperti dalam (2) di atas seperti yang biasa kita dengar.
(Rumusan kuliah Maghrib, Uts. Abdul Aziz Arof, 26 Disember 2009, Masjid al-Hidayah, Sentul. Kitab Fathul Muin, ms 72 – 73)
Saturday, June 11, 2011
-Abdul Ghalib Yunus, Munsyi Dewan -: Contoh Teks Bahas Ala Parlimen
-Abdul Ghalib Yunus, Munsyi Dewan -: Contoh Teks Bahas Ala Parlimen: "Teks Bahas: Usul: Pendidikan Industri Mangkin Pembangunan Negara Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, saya membuka arena perdebatan pada h..."
Sunday, May 29, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)