SOAL JAWAB MASALAH AGAMA



Showing posts with label MASALAH AGAMA. Show all posts
Showing posts with label MASALAH AGAMA. Show all posts

Thursday, June 30, 2011

Hukum bacaan Amin ketika solat fardhu

Dinukilkan juga dalam kitab ini tentang bacaan Rabbiqhfirli(Rabbku, ampunilah aku) (berdasarkan hadis hasan soheh). Sheikh Ali Subram Sulasi berkata, "Tidak menjadi kesalahan jika menambah dengan wa li waalidayya (dan kedua-dua ibu bapaku)".

Selepas menghabiskan bacaan Fatihah, disunatkan membaca Amin. Hadis Bukhari nombor 747 berbunyi, "Apabila imam menyebut Amin, maka sebutlah Amin. Maka sesungguhnya sesiapa yang bersamaan bacaan Amin nya dengan bacaan Amin malaikat, diampunkan dosa-dosa terdahulu."

Terdapat empat wajah Amin dalam solat:
  • Menyebut ‘A’ dengan kadar satu harakat dan memanjangkan ‘miin’ dengan kadar empat – enam harakat. Bermaksud, "Perkenankanlah."
  • Membaca dengan memanjangkan sebutan Alif (dengan kadar dua harakat) dan miin (empat – enam harakat). Bermaksud, "perkenankanlah permohonan kami."
  • Memanjangkan sebutan ‘A’ dengan kadar enam harakat dan mensaqalkannya ke dalam huruf miim seperti membaca hukum mad lazim kalimi mustaqqal. "Aaaaaammiiiiiiin." Maksudnya, "Kami benar-benar datang kepada-Mu, dan hanya Engkaulah yang layak menerima permohonan kami."
  • Menyebut ‘Aa’ dengan imalah, iaitu melewehkan bunyi ‘Aa’ (sebutannya menjadi Eemiin). Bermaksud, "Hanya Engkau yang dapat memberi petunjuk."

Dalam mazhab Syafie, disunatkan menyebut Amin seperti dalam (2) di atas seperti yang biasa kita dengar.
(Rumusan kuliah Maghrib, Uts. Abdul Aziz Arof, 26 Disember 2009, Masjid al-Hidayah, Sentul. Kitab Fathul Muin, ms 72 – 73)

Tuesday, April 27, 2010

BAGAIMANA CARA MENEGUR IBUBAPA TAK SOLAT?


Soalan


SAYA pelajar IPTA dan ingin tahu bagaimana caranya menegur keluarga supaya mereka menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah.Mereka semua tidak sembahyang sehinggakan apabila saya balik ke rumah, saya juga selalu tertinggal solat. Di universiti pula, saya tidak pernah meninggalkannya. Buat pengetahuan Dr, saya bahagia dengan keluarga tetapi mereka tidak menunaikan tanggungjawab seorang hamba Allah. Ia sangat menyedihkan saya. Saya mahu buat yang terbaik untuk mereka tetapi tidak tahu bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Bantulah saya Dr.

JAWAPAN 2:

UNTUK menegur ibu bapa yang tidak menunaikan solat memerlukan banyak kesabaran. Proses menegur itu hendaklah dilakukan secara hikmah dan penuh dengan kebijaksanaan. Cara terbaik yang boleh adik lakukan ialah dengan menunjukkan contoh teladan yang baik di hadapan ibu bapa adik. Apabila tiba waktu solat, ajaklah mereka turut bersolat bersama adik. Dengan itu, adik wajib menunaikan ibadat sembahyang di mana pun adik berada. Seterusnya, adik boleh bercerita kepada kedua ibu bapa mengenai kelebihan solat dan bahaya orang yang meninggalkan solat. Adik juga boleh berhubung dengan pihak-pihak yang boleh menasihati mereka seperti ustaz, ustazah atau orang-orang yang dihormati. Apa yang penting, adik perlu sentiasa berdoa kepada Allah supaya membuka hatinya ke arah petunjuk dan jalan yang lurus. Untuk mendapat makluman lanjut mengenai masalah adik, adik juga boleh merujuk kepada buku-buku seperti 40 Peranan Ibubapa Mithali, 20 Sifat fitrah Anak, 20 Kesilapan Ibubapa dan 40 Peranan Anak Mithali.

Sunday, November 15, 2009

NO WAHABI.............