SOAL JAWAB MASALAH AGAMA



Friday, April 16, 2010

Setiap perkataan dibicarakan lambang keperibadian

ALAH SWT menjadikan manusia amat istimewa dan berbeza dengan makhluk-Nya yang lain, maka manusialah yang menjadi hala suruhan bersopan santun sewaktu bermuamalah dengan sesiapa saja, termasuk kepada binatang dan alam.

Keistimewaannya paling utama ialah Allah menciptakan akal supaya manusia berfikir, maka fikirlah setiap satu matlamat dan akibat setiap perbuatan kita dan Dia juga hadiahkan buat sementara lidah untuk berbicara, maka sampaikanlah apa yang terasa dalam hati dan terlintas dalam fikiran manusia jika tidak menyakitkan hati sesiapa. Keupayaan berbicara adalah nikmat Allah yang begitu besar kepada seseorang manusia meskipun hanya menggunakan dua tangan sebagai isyarat. Firman Allah SWT dalam Surah Ar-Rahman, ayat 1-4 bermaksud: “Allah Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmat-Nya, Dialah yang mengajarkan Al-Quran, Dialah yang menciptakan manusia, Dialah yang membolehkan manusia memberi dan menerima pernyataan.”

Justeru, nikmat kebolehan berbicara ini wajib dihargai, disyukuri dan digunakan dengan sebaik-baiknya mengikut landasan syarak. Islam menggariskan tatacara terbaik untuk menggunakan lidah yang sentiasa merungkaikan kalimah agar setiap bicara mendapat keredaan Allah.

Friday, April 9, 2010

LAMAN NURANI

TEKA-TEKI IMAM GHAZALI
1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?

2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?



Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:


PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185


KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke amasa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.


KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179


KEEMPAT belia bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.


KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.


KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.


Thursday, April 8, 2010

IKLAN SOLAT LUAR NEGERI

Tuesday, April 6, 2010

HINDARI GEJALA JAHILIAH MODEN

SIFAT JAHILIAH MODEN:
  1. BAYI DIBUNUH TIDAK KIRA LELAKI ATAU PEREMPUAN.
  2. SUMBANG MAHRAM ANTARA ADIK-BERADIK,AYAH DENGAN ANAK,IBU DENGAN ANAK.
  3. IBUBAPA DIBUNUH OLEH ANAK SENDIRI.
  4. MAKSIAT BERLELUASA.
  5. MANUSIA BANGGA MELAKUKAN DOSA.
  6. URUSAN AGAMA DITADBIR OLEH BUKAN AHLINYA.
  7. MENGHALALKAN PERKARA YANG JELAS HARAM DAN SEBALIKNYA.

Menurut Muhammad Quthb, (1403 H) ciri-ciri istimewa kejahiliah moden banyak, antaranya ialah: kemajuan ilmu dan teknologi yang menyesatkan manusia dan kebebasan wanita.
Benarlah tulisan Muhammad Quthb:
1. Jahiliah moden adalah jahiliah ilmiah
2. Jahiliah yang lahir dari hasil penelitian, kajian dan berbagai macam pandangan teori
3. Jahiliah moden adalah sesuatu yang berakar mendalam
4. Jahiliah moden muncul dari kemajuan material
5. Jahiliah yang diatur, dipelajari, dicernakan dan diarahkan untuk menhancurkan manusia
6. Jahiliah yang tiada tolok bandingnya dalam sejarah

Friday, April 2, 2010

PANTUN DOA

Dari lembah pergi ke dusun
Melangkah gagah di atas titi
Kepada ALLAH kita bermohon
Taufik hidayah sehingga mati

Melangkah gagah di atas titi
Terasa lenguh lalu berhenti
Taufik hidayah sehingga mati
Hidup beramal dan berbakti

Terasa lenguh lalu berhenti
Jalan perlahan kembali kerumah
Hidup beramal dan berbakti
Pohonkan mati husnul khatimah

Jalan perlahan kembali ke rumah
Tiba di rumah gembiranya hati
Pohonkan mati husnul khatimah
Kita bertemu di syurga nanti

Tiba di rumah gembiranya hati
Paksu Subhi sedia menanti
Kita bertemu di syuga nanti
Tempat Bahagia kekal abadi

Thursday, April 1, 2010

MODEL ISLAMIK


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com

HARAM MEROKOK

KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.
Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.