SOAL JAWAB MASALAH AGAMA



Showing posts with label tanbihul ghafilin. Show all posts
Showing posts with label tanbihul ghafilin. Show all posts

Monday, November 1, 2010

Peraturan Berdoa Dalam Majlis Rasmi

PANDUAN DARI UTM


Monday, March 29, 2010 , Posted by Lajnah Sukan Dan Kebudayaan PMI at 12:49 AM
1. Buku Panduan Menjalankan Aktiviti Pelajar UTM Klik Sini
2. Panduan Pembacaan Doa Dalam Majlis / Program*
Majlis / program yang BOLEH dilakukan pembacaan doa:
a) Majlis / program yang tidak mengandungi unsur-unsur kemungkaran seperti pembukaan sidang dewan perundangan, mesyuarat dan majlis angkat sumpah. Bacaan doa boleh diawalkan dan majlis juga boleh ditutup dengan doa.
b) Majlis / program sosial yang terdapat aturcara persembahan hiburan (dan kebudayaan) yang biasa**. Maka bacaan doa hendaklah diawalkan dan tidak perlu majlis ditutup dengan bacaan doa.

Majlis / program yang TIDAK BOLEH dilakukan pembacaan doa:

a) Majlis / program yang tidak ada kaitan dengan upacara agama seperti perlumbaan kereta, motorsikal, bot laju, pertandingan golf dan pertunjukan sarkas.

b) Majis / program yang menyediakan makanan datau minuman yang diharamkan oleh Islam.

c) Pesta hiburan dan acara kebudayaan seperti tayangan filem perdana dan konsert nyayian dan tarian yang melalaikan.

d) Perayaan yang menonjolkan unsur-unsur kemungkaran, pendedahan aurat seperti ratu cantik, sukan wanita dan pertunjukan fesyen.

*Diadaptasi dari "Garis Panduan Pembacaan Doa" yang dikeluarkan olej Majlis Agama Islam Johor. Semak juga "Panduan Baca Doa" Drp JAKIM

3. Panduan Kegiatan Kesenian / Hiburan / Kebudayaan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12 – 13 Mei 1981 telah membuat keputusan seperti berikut:

a) Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadab dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus;
b) Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadab, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram;

c) Pancaragam yang melalaikan hukumnya haram;

d) Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadab, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan

e) Menyanyi untuk menaikkan semangat jihad adalah harus.

Keputusan muzakarah fatwa tersebut jelas menyatakan bahawa Islam tidak menghalang masyarakat daripada berhibur malah dalam beberapa keadaan ia sangat digalakkan. Jika dengan nyanyian ia boleh membangkitkan semangat untuk bergerak maju, berusaha, membentuk masyarakat maka ia bertepatan dengan seruan kebaikan yang sentiasa digalakkan . Walau bagaimanapun ia perlu menepati kriteria syarak yang mementingkan kesejahteraan masyarakat dan tidak menggalak kepada perpecahan dan penghinaan.

Hiburan yang dimahukan oleh Islam adalah hiburan yang berasaskan kepada penghayatan Islam sebagai suatu cara hidup yang lengkap. Ia merangkumi kemajuan intelektual, akhlak dan pendidikan masyarakat. Keseimbangan inilah yang mesti diusahakan oleh golongan seniman dalam mencapai tuntutan dunia hiburan; iaitu membentuk masyarakat memiliki nilai-nilai murni, beragama dan berakhlak. Dengan demikian hiburan yang berteraskan agama dan nilai-nilai akhlak bukan menjadi bencana kepada masyarakat sebaliknya akan menjadi rahmat atas dasar jika mereka tahu memilih antara yang baik dengan yang buruk untuk disajikan kepada masyarakat.

Justeru kewajipan golongan seniman sekarang adalah sentiasa melakukan pengkajian, penelitian, kritikan dan penilaian semula terhadap hasil kerja seni mereka. Apa yang jelas, Islam mengingkari sikap orang yang jumud dan tidak memiliki inisiatif dan daya inovatif dalam kehidupan. wallahu a'lam.

4. Dasar Kebudayaan & Kesenian UTM (1993)

a) Persembahan kebudayaan bercorak percampuran jantina tidak dibolehkan.

b) Setiap persembanhan haruslah mempunyai sifat sederhana dari segi kebisingan, gaya persembahan dan (jika boleh) memasukkan unsure sains dan teknologi dalam persembahan.

c) Pakaian semasa persembahan hendaklah menutup aurat dan bersesuaian mengikut konteks persembahan.

d) pemilihan irama muzik mestilah berirama lembut, kemelayuan dan memenuhi citarasa.

e) setiap persembahan hendaklah tidak melanggar tatatertib, sentiasa bermoral tinggi dan tidak ada unsur-unsur khurafat yang bertentangan dengan Islam.

f) setiap persembahan yang diadakan di waktu malam hendaklah dimulakan selepas solat Isyak dan tidak boleh dianjurkan pada hari Khamis malam Jumaat, pada bulan puasa dan pada hari kebesaran Islam yang lain.

g) tidak membenarkan kumpulan budaya luar dibawa masuk ke kampus kecuali dengan kebenaran Naib Canselor.

h) persembahan kebudayaan wanita hendaklah untuk tontonan wanita sahaja.

i) peraturan-peraturan lain yang ditetapkan dari masa ke semasa.

**Contoh program / aktiviti yang sesuai dengan panduan ini adalah seperti:

1. Tarian Kuda Kepang tanpa unsur tahyul & khurafat.

2. Dikir Barat yang membawa mesej nasihat.

3. Zapin yang ditarikan oleh lelaki.

4. Lagu yang berunsur nasihat dan membawa mesej positif

5. Artis yang mempunyai latar belakang akademik yang boleh dicontohi, serta memenuhi adap sopan sebagai seorang Melayu & muslim.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, June 3, 2010

LAMAN NURANI....JUMAAT 4 JUN 2010

SEDIKIT FAKTA TENTANG YAHUDI


Disenaraikan antara sejarah kekejaman Yahudi yang tidak akan dapat dilupakan bangsa Palestin ? sebelum

dan sesudah wujudnya negara Israel?

KAUM Yahudi mengaku mereka keturunan Nabi Daud. Mereka percaya kawasan sekitar Bukit Zion atau Palestin adalah bekas kerajaan Nabi Daud yang telah ditawan dari Bani Al-Yabusiyyah. YAHUDI memilih segi tiga terbalik sebagai lambang mereka, yang bermaksud materialisme, manakala segi tiga betul adalah spiritualisme. Gabungan kedua-duanya ? segi tiga betul dan terbalik ? membentuk berbucu enam yang menjadi lambang agama Yahudi hingga kini.

YAHUDI menganggap mereka bangsa pilihan dan bangsa-bangsa lain mereka panggil kafir atau goyem.
Agama Yahudi hanya untuk mereka cenderung untuk bersikap ekskusif, menolak orang lain kerana berasa
bangsa lain tidak setaraf dengan mereka. PERKATAAN Zionisme diambil sempena nama Bukit Zion.
Pertubuhan Zionis Sedunia diwujudkan pada tahun 1897 dengan matlamat menguasai seluruh alam khas untuk bangsa mereka di Zion (Palestin).

KONGRES pertama Pertubuhan Zionis Sedunia berlangsung di Basle, Switzerland pada 1897. Usul Protocols of Zion mengandungi perancangan terperinci untuk menguasai Palestin dan seluruh dunia telah diterima tanpa bangkangan. Antara strateginya ialah menyebar fitnah, mencetuskan perbalahan dan permusuhan di kalangan negara-negara Eropah. ISRAEL wujud pada 1948 dengan keluasan 20,770 kilometer persegi, terletak di antara Mesir, Semenanjong Gaza, Jordan, Lebanon dan Syria. Ia sebenarnya adalah sebahagian daripada bumi Palestin yang dirampas melalui perang dengan sokongan Britain dan Amerika.

BANGSA Yahudi tidak menggalakkan perkahwinan campur. Pada mereka bangsa lain tidak layak berkongsi hidup dengan mereka. Malah mereka juga memberikan pelbagai gelaran negatif kepada Yahudi yang memilih pasangan bangsa lain. KANAK-KANAK Yahudi diajar supaya menyumpah seranah dan memaki hamun tatkala melintasi kawasan perkuburan bangsa lain terutama Islam. KESALAHAN orang Yahudi paling besar adalah membunuh banyak nabi, antaranya Hizrial, Asy?ia, Armia, Zakaria dan Yahya. Mereka juga cuba membunuh Isa dan Muhammad tetapi gagal. ORANG Yahudi telah menyelewengkan Taurat dan Talmud. Mereka melakukan kekejaman, membunuh serta merampas harta benda orang lain kononnya mengikut ajaran kedua-dua kitab itu.

Antara yang diselewengkan: "Orang Israel patut membinasakan orang Arab Kan?an dan tidak akan memberi
kehidupan pada mereka walaupun mereka memeluk agamaYahudi kerana Yahudi untuk Israel sahaja.
Manusia lain selain Yahudi adalah anjing. Kami tidak mengambil tanah milik orang-orang Arab dan tidak
menguasai sesuatu pun milik orang lain akan tetapi ia adalah warisan nenek moyang kami yang telah dikuasai
musuh dan zalim. Manakala dalam Talmud yang diselewengkan ialah:"Semua bangsa selain Yahudi adalah laknat. Penguasaan Yahudi atas apa yang dimiliki al-quwaiin (selain Yahudi) adalah benar dan usaha menjaganya terus menerus dan abadi".

DENGAN berpegang kepada kitab yang diselewengkan itu juga mereka bebas melakukan keganasan di mana saja bumi dipijak. Sebenarnya orang Yahudi telah melancarkan operasi ?sapu bersih? ke atas rakyat
Palestin sejak sebelum penubuhan Israel lagi. Mereka mahu menjadikan negara itu seratus peratus Yahudi.
Antara kekejaman yang mereka lakukan ialah:
13Disember 1947 ? Sebuah perkampungan orang Islam Palestin, Yehida berhampiran Petah Tekva (penempatan pertama Zionis yang dibina pada 1878. diserang.Sekumpulan Yahudi yang menyamar sebagai tentera peronda British telah melepaskan tembakan dan mengebom rumah penduduk perkampungan itu.
1 Januari 1948 ? kira-kira 200 pelampau Yahudi bersenjata mesingan dan bom tangan menceroboh kampung Al-Sheikh (5 km di tenggara Haifa) lalu membunuh wanita dan kanak-kanak.
9 ? 10 April 1948 ? dalam Operation Unity, pengganas Haganah, Irgun dan Stern bersatu mengepung kampung Deir Yassin selama dua hari. Dalam tempoh itu 250 orang Arab dibunuh dan dengan kejam dan wanitanya dirogol. Seramai 25 orang wanita hamil dibelah perutnya dan bayi mereka disembelih, 52 kanak-kanak dikudungkan kaki dan tangan.
11 Julai 1948 ? Batalion ke-89 komando Yahudi yang diketuai Moshe Dayan menawarkan pengampunan kepada penduduk Islam Lyadd dan Ramle setelah berjaya menawan perkampungan tersebut. Seramai 100 menerima itu dan berkumpul di Masjid Dahmash seperti di janjikan. Namun malang, perlindungan yang diharapkan rupanya bala yang tiba, mereka semua mati.
15 ? 18 September 1982: Seramai 3,000 kanak-kanak dan wanita Palestin disembelih di khemah di Sabra dan Shatila di Lebanon. Ketua tukang sembelih itu ialah Ariel Sharon, bekas Perdana Menteri Israel sebelem Netanyahu kini .
BEGITULAH ANTARA FAKTA TENTANG YAHUDI YANG PERLU KITA TAHU.. YAHUDI BANYAK MENYERANG KITA BUKAN SAJA DARI SEGI FIZIKAL TERHADAP ORANG PALESTIN TETAPI DARI SEGI MENTAL KITA UMAT ISLAM.. JUSTERU ITU AYUH KITA TEGUHKAN KALIMAH TAUHID dalam DIRI KITA AGAR KITA TIDAK MUDAH TERJERUMUS DALAM PERANGKAP YAHUDI LAKNATULLAH..

Friday, April 9, 2010

LAMAN NURANI

TEKA-TEKI IMAM GHAZALI
1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?

2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?



Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:


PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185


KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke amasa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.


KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179


KEEMPAT belia bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.


KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.


KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.


Tuesday, September 8, 2009

BAIT SYAITAN>>>>>>بيت شيطان

dari email seorg sahabat:

Salam Hormat,
Seorang anak saudara saya yang berusia 10 tahun mengemukakan soalan ini
dan saya gagal menjawabnya. Dia bertanya kenapa tandas rumah-rumah moden
sekarang ini ditempatkan dalam bilik. Biasanya tandas ada dalam bilik
utama selain di bahagian belakang (dapur).

Katanya, ustaznya memberitahu setiap kali azan, syaitan akan
terkentut-kentut dan cirit birit, melarikan diri ke dalam tandas.
Pendeknya syaitan suka duduk di tempat-tempat kotor seperti tandas.

Tetapi kenapa rumah-rumah sekarang ini, tandasnya ada dalam bilik ?.
Takkah itu bermakna kita membela syaitan dalam bilik, katanya membuatkan
saya bingung.

Betul juga cakap budak ini. Orang sekarang makin teruk dan degil, mungkin
salah satu sebabnya membela syaitan dalam bilik. Anak-anak degil,
berkali-kali cakap atau panggil buat tidak tahu sahaja. Suami juga degil,
cakap perkara sama berulangkali, buat sakit hati isteri. Isteri juga
sama.

Semua degil-degil. Sebab dalam biliknya ada tandas. Punyanya malas orang
kita, kalau nak ke bilik air, tak perlu jauh-jauh, di sebelah katilnya
sudah ada bilik air.

Nampaknya orang Islam nak ikut stail orang Barat. Mereka nak jadikan
rumah mereka macam hotel. Dalam bilik hotel ada tandas, jadi orang Islam yang
membina mahligai mereka pun mahu buat macam itu - ada jamban dalam bilik.

Orang dulu, kalau bina tandas, mereka cari tempat jauh-jauh dari rumah.
'Bank kecil' ini memang berasingan daripada rumah mereka. Tetapi kini,
orang bukan saja membina tandas dalam bilik, malah ada melengkapkan
tandas mereka sebegitu hebat seolah-olah macam tempat tidur! -

Moral of the storey.... SENTIASA LAH TUTUP PINTU BILIK AIR ANDA... (dalam

erti kata lain agar syaitan2 tu tak berkeliaran dalam bilik tidur anda)....... ¦. Itu adalah yang terbaik...

Sunday, September 6, 2009

awas...............انتبهوا أيها الناس

KURMA YAHUDI

KURMA ISRAEL http://idhamlim.blogspot.com/2009/08/kurma-israel.html

Email Oleh : Amin Fadzlan

Salam
Sekarang bulan puasa bakal menjelma.... .....berhati- hati.....
....becareful of Kurma Yahudi .. Tolong Distribute!

Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi
dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan di
Singapura tapi di edarkan di Malaysia. Ia ditanam di satu kawasan luas
di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai
oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa
Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang
Yahudi.

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura.
Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis
ini..kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas
dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini.

Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun, walaupun dari segi ekonomi.