SOAL JAWAB MASALAH AGAMA



Tuesday, September 8, 2009

BAIT SYAITAN>>>>>>بيت شيطان

dari email seorg sahabat:

Salam Hormat,
Seorang anak saudara saya yang berusia 10 tahun mengemukakan soalan ini
dan saya gagal menjawabnya. Dia bertanya kenapa tandas rumah-rumah moden
sekarang ini ditempatkan dalam bilik. Biasanya tandas ada dalam bilik
utama selain di bahagian belakang (dapur).

Katanya, ustaznya memberitahu setiap kali azan, syaitan akan
terkentut-kentut dan cirit birit, melarikan diri ke dalam tandas.
Pendeknya syaitan suka duduk di tempat-tempat kotor seperti tandas.

Tetapi kenapa rumah-rumah sekarang ini, tandasnya ada dalam bilik ?.
Takkah itu bermakna kita membela syaitan dalam bilik, katanya membuatkan
saya bingung.

Betul juga cakap budak ini. Orang sekarang makin teruk dan degil, mungkin
salah satu sebabnya membela syaitan dalam bilik. Anak-anak degil,
berkali-kali cakap atau panggil buat tidak tahu sahaja. Suami juga degil,
cakap perkara sama berulangkali, buat sakit hati isteri. Isteri juga
sama.

Semua degil-degil. Sebab dalam biliknya ada tandas. Punyanya malas orang
kita, kalau nak ke bilik air, tak perlu jauh-jauh, di sebelah katilnya
sudah ada bilik air.

Nampaknya orang Islam nak ikut stail orang Barat. Mereka nak jadikan
rumah mereka macam hotel. Dalam bilik hotel ada tandas, jadi orang Islam yang
membina mahligai mereka pun mahu buat macam itu - ada jamban dalam bilik.

Orang dulu, kalau bina tandas, mereka cari tempat jauh-jauh dari rumah.
'Bank kecil' ini memang berasingan daripada rumah mereka. Tetapi kini,
orang bukan saja membina tandas dalam bilik, malah ada melengkapkan
tandas mereka sebegitu hebat seolah-olah macam tempat tidur! -

Moral of the storey.... SENTIASA LAH TUTUP PINTU BILIK AIR ANDA... (dalam

erti kata lain agar syaitan2 tu tak berkeliaran dalam bilik tidur anda)....... ¦. Itu adalah yang terbaik...

No comments: