SOAL JAWAB MASALAH AGAMA



Wednesday, October 6, 2010

'Masjid terasa sempit'

SAYA pernah melakukan dosa besar dan sehingga sekarang dosa itu menghantui diri saya.
Sampai satu ketika apabila saya masuk ke masjid, saya rasa masjid itu sempit dan saya segera pohon keampunan kepada Allah.
Kemudian badan saya menggigil dan berasa terlalu takut. Bagaimana cara melakukan solat taubat nasuha dan apakah tanda doa kita diterima Allah?
HAIRUN
Kedah

ISLAM menggalakkan seorang Muslim memohon keampunan kepada Allah sepanjang masa kerana seseorang itu tidak dapat lari daripada melakukan dosa sama ada kecil atau besar.
Dengan bertaubat dan beristighfar kepada Allah, dosa seseorang dapat diampun Allah. Selain bertaubat, kita juga boleh juga menunaikan solat sunat taubat.
Ia boleh dilakukan seiring dengan taubat kepada Allah atas kesalahan dan dosa yang dilakukan. Cara menunaikannya adalah seperti melakukan solat sunat yang lain.
Cuma niatnya ialah: “Sengaja aku sembahyang sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala.”
Antara tanda taubat diterima Allah ialah timbul ketenangan dalam hati dengan adanya rahmat Allah dan hidayah-Nya. Seterusnya seseorang itu tidak lagi mengulangi dosa yang lalu.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

No comments: