SOAL JAWAB MASALAH AGAMA



Showing posts with label THAQOFAH. Show all posts
Showing posts with label THAQOFAH. Show all posts

Friday, November 12, 2010

Doa Majlis Anugerah Motivasi SMK. Mutiara 2010

الْحَمْدُ لِهَِه الَّذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ رَسُوْلِنَا الأَمِيْنِ وَعَلىَ آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ .اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طِبِّ الْقُلُوْبِ وَدَوَائِهَا وَعَافِيَةِ الأََبْدَانِ وَشِفَائِهَا وَنُوْرِ الأَبْصَارِ وَضِيَائِهَا وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ في كُلِّ لَـمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومِ اللهِ.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan segala penyakit,

Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan segala permintaan,

Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan segala dosa,

Dengan nama Tuhan yang tidak dapat diganggu gugat oleh sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan ia Maha mendengar dan Maha mengetahui.

Ya Allah , Ya Qaadialhaajat , Ya Raafi’addarajaat ,

Kami bersyukur kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Anugerah Motivasi SMK. Mutiara pada pagi ini .

Ya Allah Ya Tuhan Kami

Sesungguhnya pada pagi ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah

Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu dalam seluruh hidup kami .

Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja,Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh segar bersyukur di atas nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.

Ya Allah,Ya Mujibassailin….

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) negeri ini akan menjadi negeri yang cemerlang, terbilang , negeri yang disegani dan dihormati, mempunyai sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Kaya Lagi Maha Bijaksana ,

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis ini akan menjadi wadah dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan.

Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja,

Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.

Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat ,

Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami , ibu bapa kami , keluarga dan anak-anak kami , anak-anak didik kami di sekolah , sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang pendidikan

Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,

Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami, jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang timbul dikalangan kami.

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

Ya Farijal Hammi wa Ya Kashifal Ghammi ,

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada segala bahaya dan keburukan.

ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار

وصلى الله على خير خلق الله وخاتم الأنبياء والمرسلين سيد نا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين والحمد لله رب العالـمين





Wednesday, October 6, 2010

'Masjid terasa sempit'

SAYA pernah melakukan dosa besar dan sehingga sekarang dosa itu menghantui diri saya.
Sampai satu ketika apabila saya masuk ke masjid, saya rasa masjid itu sempit dan saya segera pohon keampunan kepada Allah.
Kemudian badan saya menggigil dan berasa terlalu takut. Bagaimana cara melakukan solat taubat nasuha dan apakah tanda doa kita diterima Allah?
HAIRUN
Kedah

ISLAM menggalakkan seorang Muslim memohon keampunan kepada Allah sepanjang masa kerana seseorang itu tidak dapat lari daripada melakukan dosa sama ada kecil atau besar.
Dengan bertaubat dan beristighfar kepada Allah, dosa seseorang dapat diampun Allah. Selain bertaubat, kita juga boleh juga menunaikan solat sunat taubat.
Ia boleh dilakukan seiring dengan taubat kepada Allah atas kesalahan dan dosa yang dilakukan. Cara menunaikannya adalah seperti melakukan solat sunat yang lain.
Cuma niatnya ialah: “Sengaja aku sembahyang sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala.”
Antara tanda taubat diterima Allah ialah timbul ketenangan dalam hati dengan adanya rahmat Allah dan hidayah-Nya. Seterusnya seseorang itu tidak lagi mengulangi dosa yang lalu.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, July 2, 2010

Thursday, July 1, 2010

Selawat TAFRIJIYAH atau dipanggil Selawat NARIYAH

“Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam”.
Selawat Nariyah disebut juga selawat “Tafrijiyyah” yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.
Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.
Kata Imam Addainuri Rahimahullah sesiapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi. Kata Al_Qurtubi pula sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai.
1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.
2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.
3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.

Saturday, April 24, 2010

MAKSUD BULAN DALAM ISLAM

MUHARRAM
  • Bangsa Arab sebelum kedatangan Islam mengharamkan peperangan pada bulan ini.