SOAL JAWAB MASALAH AGAMA



Sunday, December 26, 2010

Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Islam Itu Bukan Hanya di Sekolah Agama | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Islam Itu Bukan Hanya di Sekolah Agama | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Saturday, December 25, 2010


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, November 12, 2010

Doa Majlis Anugerah Motivasi SMK. Mutiara 2010

الْحَمْدُ لِهَِه الَّذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ رَسُوْلِنَا الأَمِيْنِ وَعَلىَ آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ .اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طِبِّ الْقُلُوْبِ وَدَوَائِهَا وَعَافِيَةِ الأََبْدَانِ وَشِفَائِهَا وَنُوْرِ الأَبْصَارِ وَضِيَائِهَا وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ في كُلِّ لَـمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومِ اللهِ.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan segala penyakit,

Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan segala permintaan,

Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan segala dosa,

Dengan nama Tuhan yang tidak dapat diganggu gugat oleh sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan ia Maha mendengar dan Maha mengetahui.

Ya Allah , Ya Qaadialhaajat , Ya Raafi’addarajaat ,

Kami bersyukur kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Anugerah Motivasi SMK. Mutiara pada pagi ini .

Ya Allah Ya Tuhan Kami

Sesungguhnya pada pagi ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah

Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu dalam seluruh hidup kami .

Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja,Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh segar bersyukur di atas nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.

Ya Allah,Ya Mujibassailin….

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) negeri ini akan menjadi negeri yang cemerlang, terbilang , negeri yang disegani dan dihormati, mempunyai sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Kaya Lagi Maha Bijaksana ,

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis ini akan menjadi wadah dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan.

Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja,

Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.

Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat ,

Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami , ibu bapa kami , keluarga dan anak-anak kami , anak-anak didik kami di sekolah , sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang pendidikan

Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,

Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami, jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang timbul dikalangan kami.

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

Ya Farijal Hammi wa Ya Kashifal Ghammi ,

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada segala bahaya dan keburukan.

ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار

وصلى الله على خير خلق الله وخاتم الأنبياء والمرسلين سيد نا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين والحمد لله رب العالـمين





Monday, November 1, 2010

Peraturan Berdoa Dalam Majlis Rasmi

PANDUAN DARI UTM


Monday, March 29, 2010 , Posted by Lajnah Sukan Dan Kebudayaan PMI at 12:49 AM
1. Buku Panduan Menjalankan Aktiviti Pelajar UTM Klik Sini
2. Panduan Pembacaan Doa Dalam Majlis / Program*
Majlis / program yang BOLEH dilakukan pembacaan doa:
a) Majlis / program yang tidak mengandungi unsur-unsur kemungkaran seperti pembukaan sidang dewan perundangan, mesyuarat dan majlis angkat sumpah. Bacaan doa boleh diawalkan dan majlis juga boleh ditutup dengan doa.
b) Majlis / program sosial yang terdapat aturcara persembahan hiburan (dan kebudayaan) yang biasa**. Maka bacaan doa hendaklah diawalkan dan tidak perlu majlis ditutup dengan bacaan doa.

Majlis / program yang TIDAK BOLEH dilakukan pembacaan doa:

a) Majlis / program yang tidak ada kaitan dengan upacara agama seperti perlumbaan kereta, motorsikal, bot laju, pertandingan golf dan pertunjukan sarkas.

b) Majis / program yang menyediakan makanan datau minuman yang diharamkan oleh Islam.

c) Pesta hiburan dan acara kebudayaan seperti tayangan filem perdana dan konsert nyayian dan tarian yang melalaikan.

d) Perayaan yang menonjolkan unsur-unsur kemungkaran, pendedahan aurat seperti ratu cantik, sukan wanita dan pertunjukan fesyen.

*Diadaptasi dari "Garis Panduan Pembacaan Doa" yang dikeluarkan olej Majlis Agama Islam Johor. Semak juga "Panduan Baca Doa" Drp JAKIM

3. Panduan Kegiatan Kesenian / Hiburan / Kebudayaan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12 – 13 Mei 1981 telah membuat keputusan seperti berikut:

a) Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadab dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus;
b) Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadab, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram;

c) Pancaragam yang melalaikan hukumnya haram;

d) Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadab, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan

e) Menyanyi untuk menaikkan semangat jihad adalah harus.

Keputusan muzakarah fatwa tersebut jelas menyatakan bahawa Islam tidak menghalang masyarakat daripada berhibur malah dalam beberapa keadaan ia sangat digalakkan. Jika dengan nyanyian ia boleh membangkitkan semangat untuk bergerak maju, berusaha, membentuk masyarakat maka ia bertepatan dengan seruan kebaikan yang sentiasa digalakkan . Walau bagaimanapun ia perlu menepati kriteria syarak yang mementingkan kesejahteraan masyarakat dan tidak menggalak kepada perpecahan dan penghinaan.

Hiburan yang dimahukan oleh Islam adalah hiburan yang berasaskan kepada penghayatan Islam sebagai suatu cara hidup yang lengkap. Ia merangkumi kemajuan intelektual, akhlak dan pendidikan masyarakat. Keseimbangan inilah yang mesti diusahakan oleh golongan seniman dalam mencapai tuntutan dunia hiburan; iaitu membentuk masyarakat memiliki nilai-nilai murni, beragama dan berakhlak. Dengan demikian hiburan yang berteraskan agama dan nilai-nilai akhlak bukan menjadi bencana kepada masyarakat sebaliknya akan menjadi rahmat atas dasar jika mereka tahu memilih antara yang baik dengan yang buruk untuk disajikan kepada masyarakat.

Justeru kewajipan golongan seniman sekarang adalah sentiasa melakukan pengkajian, penelitian, kritikan dan penilaian semula terhadap hasil kerja seni mereka. Apa yang jelas, Islam mengingkari sikap orang yang jumud dan tidak memiliki inisiatif dan daya inovatif dalam kehidupan. wallahu a'lam.

4. Dasar Kebudayaan & Kesenian UTM (1993)

a) Persembahan kebudayaan bercorak percampuran jantina tidak dibolehkan.

b) Setiap persembanhan haruslah mempunyai sifat sederhana dari segi kebisingan, gaya persembahan dan (jika boleh) memasukkan unsure sains dan teknologi dalam persembahan.

c) Pakaian semasa persembahan hendaklah menutup aurat dan bersesuaian mengikut konteks persembahan.

d) pemilihan irama muzik mestilah berirama lembut, kemelayuan dan memenuhi citarasa.

e) setiap persembahan hendaklah tidak melanggar tatatertib, sentiasa bermoral tinggi dan tidak ada unsur-unsur khurafat yang bertentangan dengan Islam.

f) setiap persembahan yang diadakan di waktu malam hendaklah dimulakan selepas solat Isyak dan tidak boleh dianjurkan pada hari Khamis malam Jumaat, pada bulan puasa dan pada hari kebesaran Islam yang lain.

g) tidak membenarkan kumpulan budaya luar dibawa masuk ke kampus kecuali dengan kebenaran Naib Canselor.

h) persembahan kebudayaan wanita hendaklah untuk tontonan wanita sahaja.

i) peraturan-peraturan lain yang ditetapkan dari masa ke semasa.

**Contoh program / aktiviti yang sesuai dengan panduan ini adalah seperti:

1. Tarian Kuda Kepang tanpa unsur tahyul & khurafat.

2. Dikir Barat yang membawa mesej nasihat.

3. Zapin yang ditarikan oleh lelaki.

4. Lagu yang berunsur nasihat dan membawa mesej positif

5. Artis yang mempunyai latar belakang akademik yang boleh dicontohi, serta memenuhi adap sopan sebagai seorang Melayu & muslim.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, October 6, 2010

'Masjid terasa sempit'

SAYA pernah melakukan dosa besar dan sehingga sekarang dosa itu menghantui diri saya.
Sampai satu ketika apabila saya masuk ke masjid, saya rasa masjid itu sempit dan saya segera pohon keampunan kepada Allah.
Kemudian badan saya menggigil dan berasa terlalu takut. Bagaimana cara melakukan solat taubat nasuha dan apakah tanda doa kita diterima Allah?
HAIRUN
Kedah

ISLAM menggalakkan seorang Muslim memohon keampunan kepada Allah sepanjang masa kerana seseorang itu tidak dapat lari daripada melakukan dosa sama ada kecil atau besar.
Dengan bertaubat dan beristighfar kepada Allah, dosa seseorang dapat diampun Allah. Selain bertaubat, kita juga boleh juga menunaikan solat sunat taubat.
Ia boleh dilakukan seiring dengan taubat kepada Allah atas kesalahan dan dosa yang dilakukan. Cara menunaikannya adalah seperti melakukan solat sunat yang lain.
Cuma niatnya ialah: “Sengaja aku sembahyang sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala.”
Antara tanda taubat diterima Allah ialah timbul ketenangan dalam hati dengan adanya rahmat Allah dan hidayah-Nya. Seterusnya seseorang itu tidak lagi mengulangi dosa yang lalu.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

sahabat_kawan_رفيق


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Saturday, September 18, 2010

http://jpt.mohe.gov.my/PELAJAR/senarai%20agensi.php

http://jpt.mohe.gov.my/PELAJAR/senarai%20agensi.php

Jangan lupa diri manfaat peluang belajar, kata Nasir

17th September, 2010

KOTA KINABALU: Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Haji Nasir Tun Sakaran, mengingatkan pelajar-pelajar baru perubatan dan bidang agama ke Mesir memanfaatkan peluang yang diberikan kerajaan dengan belajar bersungguh-sungguh.
Beliau juga mengingatkan mereka supaya tidak lupa daratan serta sentiasa menghargai sumbangan kerajaan yang ingin melihat rakyatnya berpendidikan tinggi mampu bersaing dengan rakyat negara di dunia.
Katanya, kerajaan negeri sanggup berbelanja besar semata-mata ingin membina sebuah negara yang maju membangun dengan memiliki rakyat berpendidikan serta berminda kelas pertama berlandaskan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Nasir menjelaskan, kerajaan negeri Sabah telah membuat penghantaran pelajar ke Mesir setakat ini seramai 300 orang dalam pelbagai bidang termasuk bidang perubatan, usuludin, syariah dan Bahasa Arab di pelbagai universiti termasuk ke Universiti Aimsham; Zaqaziq; Mansoura, Tanta dan Alexandria Mesir.
Nasir yang juga menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam di Sabah diiringi Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali, Pengarah Jheains, Datuk Amri Suratman; KPSU Pusat Zakat Sabah (PZS), Ustaz Zarathan Abr Rahman dan PSU PZS, Ustaz Ag Juri mengucapkan selamat berangkat kepada kesemua 75 pelajar baru bagi tahun 2010 itu di Lapangan Terbang KKIA.
Sehubungan itu, Nasir menasihatkan kesemua ibu bapa para pelajar itu tidak merasa risau mengenai keadaan anak-anak mereka selama di Mesir kerana kerajaan telah menyediakan tempat tinggal yang sempurna iaitu di Rumah Sabah milik kerajaan Negeri Sabah di Kaherah dan Alexandria yang baru dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman awal Ogos lalu.

Saturday, September 4, 2010

Pengumuman Senarai Nama Calon Layak ke Universiti di Jordan Hari Ini

Amman - Hatem Abbadi - mengumumkan Unit Penyelarasan Penerimaan pada jam sebelas pagi pendaftaran penerimaan umum di universiti awam melalui laman Unit E (www.admhec.gov.jo), di mana halaman ini membolehkan pelajar untuk mengetahui keputusan penerimaan dengan cara yang lebih baik melalui nombor kebangsaan, nama atau nombor untuk duduk.

Tuesday, August 24, 2010

Tanda Ajal

TERSEBAR dalam internet mengenai tanda sebelum ajal bagi umat Islam menjelang 100 hari sebelum kematiannya iaitu badan akan mengalami getaran sesudah asar, 40 hari sebelum meninggal akan berdenyut pusat, dan sebagainya.

Sejauh mana kesahihan tanda berkenaan? Ada yang mengatakan ia pandangan segelintir ulama dan apakah hukum jika ia diambil sebagai iktikad?
RAMLY
Perak
DARI sudut akidah, kita hendaklah beriman bahawa manusia dan seluruh makhluk termasuk juga jin dan malaikat tidak mati sehingga sampai ajalnya sebagaimana yang ditetapkan Allah. Kematian berlaku atas sebab semula jadi seperti tua atau sakit atau mati terbunuh (Ayyub, 1979: 207).
Soal ajal atau kematian termasuk dalam persoalan ghaybiyyah (perkara-perkara ghaib) yang hanya diketahui Allah. Ini berdasarkan apa yang dijelaskan Allah dalam al-Quran, antaranya:
"Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari Kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui tentang apa yang ada dalam rahim (ibu mengandung). Dan tiada seorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok; dan tiada dapat diketahui oleh seseorang itu di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya." (al-Quran, Luqman (31: 34).
Tentang tanda ajal pula yang disebut dan tersebar di Internet, ia hanya berdasarkan pengalaman hidup manusia semata-mata (contohnya, http://www.scribd.com/doc/19192297/tandatanda-kematian). Penjelasan urutan harian tentang tanda-tanda kematian tersebut tidak bersumber al-Quran dan hadis secara langsung. Dengan itu ia tidak termasuk dalam aspek akidah. Ia hanya bertujuan supaya kita mengingati kematian dan seterusnya beramal supaya dapat dijadikan bekalan di akhirat nant

Sunday, August 15, 2010

Kuliah subuh di Masjid Tanjung Aru

Alhamdulillah......masih ramai hamba Allah yang sedar tanggung jawab kepada Allah....Solat Suboh berjemaah dan mendengar tazkirah berkaitan bulan puasa yang disampaikan oleh Ustaz Syarizal Mohd Saffian...Antara intipati kuliah hari ini ialah:
  1. Bulan Ramdhan penuh dengan pakej istimewa untuk umat Islam.
  2. Jagalah adab di bulan yang mulia ini.
  3. Bersahurlah dan bersegera berbuka puasa.
  4. Solat terawih adalah amalan sunat yang dituntut kita laksanakan.
  5. Berzakatlah pada bila-bila masa di bulan Ramadhan.
Semoga menjadi panduan buat semua.....RAMADHAN KARIM....

Wednesday, August 11, 2010

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

TERIMA KASIH BUAT PELAJAR 4 ALLAMANDA........SEMOGA ALLAH MEMBALAS JASA BAIK KALIAN....TQ JUGA BUAT CIKGU FELIX.......SYUKRAN LAKUM JAMIAN.....

Tuesday, July 27, 2010

PROGRAM NISFU SYAABAN SMK MUTIARA 2010


Alhamdulillah,berkat pertolongan Allah, akhirnya program ini berjaya diadakan juga.......syukran jazilan buat kak ida dan family di atas sumbangan jamuan makan malam....terima kasih buat semua yang hadir......

nisfu Syaaban....Malam Pengampunan

Marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib). Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam = 26 Julai 2010)
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam = 26 JULAI 2010)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya

Thursday, July 15, 2010

Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.
Tidak jelas berapa kenaikan harga RON 97. Tetapi difahamkan harganya naik 5 sen dan akan diselaraskan seterusnya kemudian. Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram.

Berikut adalah harga baru:
Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
Diesel - RM1.75 seliter.
Gula - RM1.70 sekilogram
Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:
Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Thursday, July 8, 2010

KURSUS SEMBELIHAN SMK MUTIARA

KURSUS SEMBELIHAN
ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SMK MUTIARA 2010

TARIKH:
10 JULAI 2010

HARI:
SABTU

TEMPAT:
TAMAN RAUDHAH
SURAU AL-MARJAN
SMK MUTIARA.

Thursday, July 1, 2010

Selawat TAFRIJIYAH atau dipanggil Selawat NARIYAH

“Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam”.
Selawat Nariyah disebut juga selawat “Tafrijiyyah” yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.
Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.
Kata Imam Addainuri Rahimahullah sesiapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi. Kata Al_Qurtubi pula sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai.
1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.
2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.
3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.

Wednesday, June 16, 2010

BAHASA ARAB PERLU DIKETENGAHKAN JUGA

KUALA LUMPUR 15 Jun - Kerajaan disyorkan turut menjadikan Bahasa Arab sebagai salah satu mata pelajaran wajib kepada pelajar-pelajar di semua peringkat pengajian. Ketika membuat syor itu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Abdul Aziz Hussein berkata, langkah itu penting bagi memastikan pelajar Islam dapat menghayati bahasa itu sekali gus memberi pemahaman kepada mereka dalam melaksanakan kewajipan sebagai umat Islam.
"Bahasa Arab adalah bahasa al-Quran, oleh itu adalah penting bagi pelajar Islam menguasainya supaya mereka boleh memahami kitab suci berkenaan dan faham apa yang dibaca ketika solat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menegaskan, kerajaan akan mewajibkan penyediaan guru-guru Bahasa Mandarin dan Tamil di semua sekolah kebangsaan supaya pengajaran dan pembelajarannya dapat dilaksanakan sepenuhnya di negara ini.
Sambil mengalu-alukan langkah kerajaan itu, Abdul Aziz pada masa yang sama meminta kerajaan mempertimbangkan cadangannya berhubung Bahasa Arab tersebut.