SOAL JAWAB MASALAH AGAMA



Tuesday, March 30, 2010

REBUTLAH PELUANG BELAJAR DI JORDAN

JABATAN PENGAJIAN TINGGI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
ARAS 1-3, BLOK E9, PARCEL E, PRESINT 1
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62505 PUTRAJAYA

PROSEDUR PERMOHONAN KE UNIVERSITI DI JORDAN
SESI AKADEMIK 2009/2010

1. Setiap pemohon yang berhasrat untuk mengikuti pengajian di universiti di Jordan di peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi seperti berikut:
i. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh lima (5) Kepujian dalam mata pelajaran berkaitan bagi semua bidang pengajian kecuali perubatan dan pergigian di peringkat SPM;
ii. Bagi program perubatan dan pergigian, pemohon mesti memperoleh lima (5) Kepujian dengan mendapat   sekurang-kurangnya 4B dalam mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat SPM;
iii. Bagi program pengajian Islam dan Bahasa Arab, pelajar diwajibkan memperoleh pangkat Kepujian di peringkat SPM dalam semua mata pelajaran berikut:
· Bahasa Arab Tinggi/Komunikasi
· Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
· Pendidikan Syariah Islamiah

2. Tawaran kemasukan ke universiti dijangka diumumkan pada bulan September 2010.
3. Borang permohonan boleh didapati daripada:

Pengarah
Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar (UHEJPM)
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 2 Blok E9, Parcel E, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 PUTRAJAYA
http://www.mohe.gov.my

Monday, March 29, 2010

FORMULA ZALMARJAN....KAEDAH CEPAT MEMAHAMI BAHASA ARAB.

MEREKA SEMUA TELAH MENCUBA........DALAM MASA 2 MINIT DAPAT DIFAHAMI...

Saturday, March 27, 2010

DOA PENDINDING

Thursday, March 25, 2010

Bukan Islam mahu belajar al-Quran

Soalan
SAYA mempunyai seorang kawan yang bukan beragama Islam, tetapi dia mempunyai keinginan untuk belajar membaca al-Quran. Apakah hukum orang yang bukan beragama Islam memegang al-Quran?


AKMAL
Kelantan

Jawapan
KEINGINAN kawan bukan Islam untuk membaca dan mempelajari al-Quran sangat baik. Al-Quran adalah kitab mukjizat yang banyak memberi hidayah kepada manusia. Dengan itu hasrat beliau perlu disambut baik. Islam pula membenarkan bukan Islam membaca dan mempelajari al-Quran supaya dapat membuka hati kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Dalam pada itu anda boleh menerangkan kepada beliau kedudukan kitab suci al-Quran yang perlu dihormati dan dijaga.Ini jelas apabila Allah berfirman: “Bahawa sesungguhnya itulah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan). Yang tersimpan dalam kitab yang cukup terpelihara. Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci [al-mutahharun].” (al-Quran, al-Waqi‘ah (56): 77-79)
Berkenaan hukum bukan Islam memegang al-Quran terdapat perselisihan pendapat. Ada pendapat yang tidak membenarkan bagi menjaga kesucian al-Quran. Ini termasuk kepada wanita dalam haid, mereka yang berhadas besar, tidak berwuduk dan juga bukan Islam. (al-Quran, al-Tawbah (9):28). Ada pendapat yang membenarkannya. Ini termasuk kepada kanak-kanak yang belum baligh kerana masih tidak mukallaf. (Ibn Rushd, 2000: I: 72-73; 83-84). Sebab perselisihan adalah berpunca daripada kefahaman ayat surah al-Waqi‘ah di atas. Antaranya berkenaan maksud istilah al-Mutahharun, ia sama ada bermaksud umat manusia (Bani Adam) atau malaikat. Seterusnya perselisihan timbul sama ada ia suatu bentuk khabar (pernyataan) yang membawa kepada larangan atau semata-mata penyataan tanpa ada larangan. Dengan itu memegang al-Quran (mushaf) dalam keadaan biasa adalah diharuskan apabila dapat dijaga kesuciannya.


Monday, March 1, 2010

BAJU RASULULLAH S.A.W

Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek. Ya Allah … betapa sederhananya baju pemimpin dunia yang suci dan agung ..!!



Rasa nak menitik air mata melihat pakaian dan barangan peribadi Rasulullah SAW. Baginda yang sememangnya mendapat tempat di Syurga tertinggi pun begitu zuhud sekali.
Kita begitu sibuk mengumpul harta dunia sedangkan hidup di dunia hanya sementara sahaja. Kehidupan di Akhirat adalah kehidupan yang kekal. Jika di dunia yang fana ini kita begitu cintakan dunia, layakkah kita nak masuk Syurga. Adakah kita mampu menahan siksaan api neraka?
Gambar-gambar ekslusif ni dikongsikan dengan tujuan supaya kita muhasabah diri kita. Kita ikhlas berbelanja seluar Levi’s yang berharga RM200 +, RM60-RM70 untuk sehelai t’shirt, berapa ratuskah yang kita ikhlas keluar untuk jalan Allah?
Kita sanggup menonton siaran langsung bolasepak dari menghayati Maal Hijrah, kita sanggup bersengkang mata mengadap laptop dari sembahyang tahajjud, kita mengagungkan pemimpin yang macamana? Kita mengamalkan riba dalam jual beli, kita tak kisah halal haram dalam kehidupan. Kita menghina mereka yang ingin memperjuangkan Islam . Ya Allah tunjukkan kami jalan yang benar dan ampunkan dosa kami.

Sama-sama peringat.