SOAL JAWAB MASALAH AGAMA



Monday, November 29, 2010

Pertandingan MSN Di Alor Star...




Sunday, November 28, 2010

Doa Menghadapi Peperiksaan

Friday, November 19, 2010

Operasi Samak Kapal Nautica




Friday, November 12, 2010

Doa Majlis Anugerah Motivasi SMK. Mutiara 2010

الْحَمْدُ لِهَِه الَّذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ رَسُوْلِنَا الأَمِيْنِ وَعَلىَ آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ .اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طِبِّ الْقُلُوْبِ وَدَوَائِهَا وَعَافِيَةِ الأََبْدَانِ وَشِفَائِهَا وَنُوْرِ الأَبْصَارِ وَضِيَائِهَا وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ في كُلِّ لَـمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومِ اللهِ.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan segala penyakit,

Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan segala permintaan,

Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan segala dosa,

Dengan nama Tuhan yang tidak dapat diganggu gugat oleh sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan ia Maha mendengar dan Maha mengetahui.

Ya Allah , Ya Qaadialhaajat , Ya Raafi’addarajaat ,

Kami bersyukur kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Anugerah Motivasi SMK. Mutiara pada pagi ini .

Ya Allah Ya Tuhan Kami

Sesungguhnya pada pagi ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah

Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu dalam seluruh hidup kami .

Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja,Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh segar bersyukur di atas nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.

Ya Allah,Ya Mujibassailin….

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) negeri ini akan menjadi negeri yang cemerlang, terbilang , negeri yang disegani dan dihormati, mempunyai sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Kaya Lagi Maha Bijaksana ,

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis ini akan menjadi wadah dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan.

Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja,

Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.

Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat ,

Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami , ibu bapa kami , keluarga dan anak-anak kami , anak-anak didik kami di sekolah , sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang pendidikan

Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,

Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami, jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang timbul dikalangan kami.

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

Ya Farijal Hammi wa Ya Kashifal Ghammi ,

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada segala bahaya dan keburukan.

ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار

وصلى الله على خير خلق الله وخاتم الأنبياء والمرسلين سيد نا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين والحمد لله رب العالـمين





Monday, November 1, 2010

Peraturan Berdoa Dalam Majlis Rasmi

PANDUAN DARI UTM


Monday, March 29, 2010 , Posted by Lajnah Sukan Dan Kebudayaan PMI at 12:49 AM
1. Buku Panduan Menjalankan Aktiviti Pelajar UTM Klik Sini
2. Panduan Pembacaan Doa Dalam Majlis / Program*
Majlis / program yang BOLEH dilakukan pembacaan doa:
a) Majlis / program yang tidak mengandungi unsur-unsur kemungkaran seperti pembukaan sidang dewan perundangan, mesyuarat dan majlis angkat sumpah. Bacaan doa boleh diawalkan dan majlis juga boleh ditutup dengan doa.
b) Majlis / program sosial yang terdapat aturcara persembahan hiburan (dan kebudayaan) yang biasa**. Maka bacaan doa hendaklah diawalkan dan tidak perlu majlis ditutup dengan bacaan doa.

Majlis / program yang TIDAK BOLEH dilakukan pembacaan doa:

a) Majlis / program yang tidak ada kaitan dengan upacara agama seperti perlumbaan kereta, motorsikal, bot laju, pertandingan golf dan pertunjukan sarkas.

b) Majis / program yang menyediakan makanan datau minuman yang diharamkan oleh Islam.

c) Pesta hiburan dan acara kebudayaan seperti tayangan filem perdana dan konsert nyayian dan tarian yang melalaikan.

d) Perayaan yang menonjolkan unsur-unsur kemungkaran, pendedahan aurat seperti ratu cantik, sukan wanita dan pertunjukan fesyen.

*Diadaptasi dari "Garis Panduan Pembacaan Doa" yang dikeluarkan olej Majlis Agama Islam Johor. Semak juga "Panduan Baca Doa" Drp JAKIM

3. Panduan Kegiatan Kesenian / Hiburan / Kebudayaan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12 – 13 Mei 1981 telah membuat keputusan seperti berikut:

a) Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadab dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus;
b) Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadab, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram;

c) Pancaragam yang melalaikan hukumnya haram;

d) Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadab, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan

e) Menyanyi untuk menaikkan semangat jihad adalah harus.

Keputusan muzakarah fatwa tersebut jelas menyatakan bahawa Islam tidak menghalang masyarakat daripada berhibur malah dalam beberapa keadaan ia sangat digalakkan. Jika dengan nyanyian ia boleh membangkitkan semangat untuk bergerak maju, berusaha, membentuk masyarakat maka ia bertepatan dengan seruan kebaikan yang sentiasa digalakkan . Walau bagaimanapun ia perlu menepati kriteria syarak yang mementingkan kesejahteraan masyarakat dan tidak menggalak kepada perpecahan dan penghinaan.

Hiburan yang dimahukan oleh Islam adalah hiburan yang berasaskan kepada penghayatan Islam sebagai suatu cara hidup yang lengkap. Ia merangkumi kemajuan intelektual, akhlak dan pendidikan masyarakat. Keseimbangan inilah yang mesti diusahakan oleh golongan seniman dalam mencapai tuntutan dunia hiburan; iaitu membentuk masyarakat memiliki nilai-nilai murni, beragama dan berakhlak. Dengan demikian hiburan yang berteraskan agama dan nilai-nilai akhlak bukan menjadi bencana kepada masyarakat sebaliknya akan menjadi rahmat atas dasar jika mereka tahu memilih antara yang baik dengan yang buruk untuk disajikan kepada masyarakat.

Justeru kewajipan golongan seniman sekarang adalah sentiasa melakukan pengkajian, penelitian, kritikan dan penilaian semula terhadap hasil kerja seni mereka. Apa yang jelas, Islam mengingkari sikap orang yang jumud dan tidak memiliki inisiatif dan daya inovatif dalam kehidupan. wallahu a'lam.

4. Dasar Kebudayaan & Kesenian UTM (1993)

a) Persembahan kebudayaan bercorak percampuran jantina tidak dibolehkan.

b) Setiap persembanhan haruslah mempunyai sifat sederhana dari segi kebisingan, gaya persembahan dan (jika boleh) memasukkan unsure sains dan teknologi dalam persembahan.

c) Pakaian semasa persembahan hendaklah menutup aurat dan bersesuaian mengikut konteks persembahan.

d) pemilihan irama muzik mestilah berirama lembut, kemelayuan dan memenuhi citarasa.

e) setiap persembahan hendaklah tidak melanggar tatatertib, sentiasa bermoral tinggi dan tidak ada unsur-unsur khurafat yang bertentangan dengan Islam.

f) setiap persembahan yang diadakan di waktu malam hendaklah dimulakan selepas solat Isyak dan tidak boleh dianjurkan pada hari Khamis malam Jumaat, pada bulan puasa dan pada hari kebesaran Islam yang lain.

g) tidak membenarkan kumpulan budaya luar dibawa masuk ke kampus kecuali dengan kebenaran Naib Canselor.

h) persembahan kebudayaan wanita hendaklah untuk tontonan wanita sahaja.

i) peraturan-peraturan lain yang ditetapkan dari masa ke semasa.

**Contoh program / aktiviti yang sesuai dengan panduan ini adalah seperti:

1. Tarian Kuda Kepang tanpa unsur tahyul & khurafat.

2. Dikir Barat yang membawa mesej nasihat.

3. Zapin yang ditarikan oleh lelaki.

4. Lagu yang berunsur nasihat dan membawa mesej positif

5. Artis yang mempunyai latar belakang akademik yang boleh dicontohi, serta memenuhi adap sopan sebagai seorang Melayu & muslim.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini