SOAL JAWAB MASALAH AGAMA



Friday, November 12, 2010

Doa Majlis Anugerah Motivasi SMK. Mutiara 2010

الْحَمْدُ لِهَِه الَّذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ رَسُوْلِنَا الأَمِيْنِ وَعَلىَ آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ .اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طِبِّ الْقُلُوْبِ وَدَوَائِهَا وَعَافِيَةِ الأََبْدَانِ وَشِفَائِهَا وَنُوْرِ الأَبْصَارِ وَضِيَائِهَا وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ في كُلِّ لَـمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومِ اللهِ.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan segala penyakit,

Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan segala permintaan,

Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan segala dosa,

Dengan nama Tuhan yang tidak dapat diganggu gugat oleh sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan ia Maha mendengar dan Maha mengetahui.

Ya Allah , Ya Qaadialhaajat , Ya Raafi’addarajaat ,

Kami bersyukur kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Anugerah Motivasi SMK. Mutiara pada pagi ini .

Ya Allah Ya Tuhan Kami

Sesungguhnya pada pagi ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah

Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu dalam seluruh hidup kami .

Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja,Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh segar bersyukur di atas nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.

Ya Allah,Ya Mujibassailin….

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) negeri ini akan menjadi negeri yang cemerlang, terbilang , negeri yang disegani dan dihormati, mempunyai sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Kaya Lagi Maha Bijaksana ,

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis ini akan menjadi wadah dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan.

Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja,

Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.

Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat ,

Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami , ibu bapa kami , keluarga dan anak-anak kami , anak-anak didik kami di sekolah , sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang pendidikan

Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,

Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami, jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang timbul dikalangan kami.

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

Ya Farijal Hammi wa Ya Kashifal Ghammi ,

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada segala bahaya dan keburukan.

ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار

وصلى الله على خير خلق الله وخاتم الأنبياء والمرسلين سيد نا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين والحمد لله رب العالـمين





No comments: