SOAL JAWAB MASALAH AGAMA

Saturday, May 1, 2010

PELUANG BELAJAR DI JORDAN,MESIR DAN MAGHRIBI.

Peluang belajar di Asia Barat


KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi memaklumkan permohonan untuk melanjutkan pengajian ke Asia Barat dalam bidang perubatan/pergigian dan pengajian Islam dibuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan diploma, bermula 11 Mac lalu.
Kementerian itu dalam satu kenyataan semalam, berkata permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan Maghribi dalam bidang berkenaan hanya diproses oleh pihaknya dan semua permohonan perlu dihantar pada kementerian berkenaan.Katanya, tarikh tutup permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Mesir adalah pada 31 Mei ini, Jordan (15 Mei) dan Maghribi (15 Jun).
Borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman web Jabatan Pengajian Tinggi di alamat http://jpt.mohe.gov.my/menupelajar.php. Mereka yang ingin mendapatkan keterangan lanjut boleh menghubungi talian 03-88835873/5959/5942.

No comments: