SOAL JAWAB MASALAH AGAMA

Thursday, June 30, 2011

Hukum bacaan Amin ketika solat fardhu

Dinukilkan juga dalam kitab ini tentang bacaan Rabbiqhfirli(Rabbku, ampunilah aku) (berdasarkan hadis hasan soheh). Sheikh Ali Subram Sulasi berkata, "Tidak menjadi kesalahan jika menambah dengan wa li waalidayya (dan kedua-dua ibu bapaku)".

Selepas menghabiskan bacaan Fatihah, disunatkan membaca Amin. Hadis Bukhari nombor 747 berbunyi, "Apabila imam menyebut Amin, maka sebutlah Amin. Maka sesungguhnya sesiapa yang bersamaan bacaan Amin nya dengan bacaan Amin malaikat, diampunkan dosa-dosa terdahulu."

Terdapat empat wajah Amin dalam solat:
  • Menyebut ‘A’ dengan kadar satu harakat dan memanjangkan ‘miin’ dengan kadar empat – enam harakat. Bermaksud, "Perkenankanlah."
  • Membaca dengan memanjangkan sebutan Alif (dengan kadar dua harakat) dan miin (empat – enam harakat). Bermaksud, "perkenankanlah permohonan kami."
  • Memanjangkan sebutan ‘A’ dengan kadar enam harakat dan mensaqalkannya ke dalam huruf miim seperti membaca hukum mad lazim kalimi mustaqqal. "Aaaaaammiiiiiiin." Maksudnya, "Kami benar-benar datang kepada-Mu, dan hanya Engkaulah yang layak menerima permohonan kami."
  • Menyebut ‘Aa’ dengan imalah, iaitu melewehkan bunyi ‘Aa’ (sebutannya menjadi Eemiin). Bermaksud, "Hanya Engkau yang dapat memberi petunjuk."

Dalam mazhab Syafie, disunatkan menyebut Amin seperti dalam (2) di atas seperti yang biasa kita dengar.
(Rumusan kuliah Maghrib, Uts. Abdul Aziz Arof, 26 Disember 2009, Masjid al-Hidayah, Sentul. Kitab Fathul Muin, ms 72 – 73)

2 comments:

Anonymous said...

Aamiin, آمِّيْنَ (a: panjang 5 harakat, mim: bertasydid, dan min: panjang), ertinya ‘orang yang bermaksud menuju suatu tempat’. Ada sebahagian ulama yang memperbolehkan membaca “Amin” dalam solat dengan bentuk bacaan semacam ini. Demikian keterangan Al-Wahidi. Imam An-Nawawi mengatakan, “Ini adalah pendapat yang sangat aneh. Kebanyakan ahli bahasa menganggapnya sebagai kesalahan pengucapan orang awam. Beberapa ulama mazhab kami (Mazhab Syafiee) mengatakan, ‘Siapa saja yang membaca ‘Amin’ dengan bentuk ini dalam solatnya maka solatnya batal.’” (At-Tibyan fi Adab Hamalatil Qur’an, ms. 134) 4. Aamiin , أٰمِيْنَ (a: panjang 2 harakat kerana mengikuti mad badal, min: panjang 4–6 harakat kerana mengikutimad ‘aridh lis sukun, dan nun dibaca mati), ertinya ‘kabulkanlah’. Inilah bacaan “Amin” yang benar. Wallahualam

Anonymous said...

Kok ada yang bilang gak boleh baca amin?