SOAL JAWAB MASALAH AGAMA

Friday, January 8, 2010

Pelajar sekolah agama mampu ke pentas dunia

NORADILA MAHAMAD


:KUALA TERENGGANU - :Sekolah Menengah Agama (SMA) Atas Sultan Zainal Abidin melahirkan pelajar yang berjaya mencipta nama di dunia dengan menceburi bidang persilatan.

:Penglibatan pelajar sekolah agama di dalam aktiviti kokurikulum bukan lagi perkara baru di negeri ini walaupun suatu ketika dahulu, sekolah jenis ini kurang memberi tumpuan terhadap bidang lain kecuali menjurus ke arah keagamaan.

:Penasihat Nadi Silat SMA Atas Sultan Zainal Abidin, Abdul Rahim Abdul Razak berkata, sekolah berkenaan aktif dalam aktiviti itu bagi mengisi kokurikulum yang harus dititikberatkan kepada semua pelajar.:

:“Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum bukan sahaja mendatangkan manfaat ke atas diri mereka sendiri, malah dapat ‘pergi’ lebih jauh seperti menyertai pelbagai kejohanan yang layak untuk peringkat usia mereka.

:“Minat itu harus diperkembangkan dan pelajar perlu bijak menguruskan pelajaran serta kokurikulum sekiranya mereka betul-betul menunjukkan komitmen ke atas sesuatu badan beruniform yang diceburi,” katanya ketika ditemui :Sinar Harian:.

:Abdul Rahim berkata, kejayaan yang dibuktikan pelajarnya, Ahmad Salahudin, 16, dalam ilmu persilatan yang melonjakkan namanya di persada dunia membuktikan, pelajar yang berasal dari sekolah mene�ngah agama juga layak mendapat hak untuk ber�giat aktif dalam bidang itu.

:Bagaimanapun, beliau menasihati pelajar yang ingin mengikut jejak pelajar itu supaya bijak membahagikan masa antara pelajaran dan aktiviti luar kerana kedua-dua bidang itu penting bagi masa depan mereka.:

:Sementara itu, katanya, pendedahan berkenaan memberi ruang kepada pelajar untuk bergiat aktif seperti pelajar di sekolah lain yang sekian lama melibatkan diri dalam bidang kokurikulum masing-masing.:

:Beliau berkata, apa yang penting, kemahuan pelajar itu sendiri dapat membawa mereka melangkah lebih jauh dan memilih yang terbaik untuk dirinya.

No comments: