SOAL JAWAB MASALAH AGAMA

Sunday, January 3, 2010

RAMAINYA YANG CUBA MENGAMBIL ALIH ILMU ULAMA'


Benarlah sabdaan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam 1400 tahun yang lalu akan perihal umat akhir zaman yang mana suasana hidup ummah akan didominasi oleh golongan KHUTABA, bukan lagi ULAMA.


Pesan Rasulullah sebagaimana dinyatakan oleh Imam Ghazali dalam Kitabnya Ihya Ulumuddin;

"Kamu semua berada di zaman ramai para ULAMANYA, sedikit KHUTABANYA (penceramah). Ramai Pemberi, sedikit Peminta. Maka 'AMAL' pada masa ini lebih baik dari 'ILMU'.

Lagi akan datang, dimana (masa itu) akan lahir ramai para KHUTABA dan sedikit para ULAMA, ramai yang meminta, sedikit yang memberi. Dan 'ILMU' pada masa itu lebih utama dari 'BERAMAL'.

Nah! sekarang kita melihat kebenaran Sabdaan Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam ini. Ramai yang 'berlagak' ulama, tahu serba serbi, pantas mamberikan pendapat/idea hanya berdasarkan AKAL FIKIRAN semata2..tanpa merujuk kepada para Ulama Muktabar. Beraninya kita menghuraikan pelbgai isu yang timbul dgn berbekalkan kepandaian/kepetahan berhujah.

Timbullah pelbagai padangan yang banyak meneyeleweng dari pegangan AHLUSSUNAH WALJAMAAH. Dan ada yang sampai menyalahkan GENERASI terawal Islam. (Termasuk dalam Sabda Nabi..."Wala'ana aakhiru haazihil ummah awwalaha"

Generasi akhir ummat ini melaknat (menyalahkan) generasi terawal Islam (Sahabat/Tabi'in/Tabi' Tabi'in...) Contoh; Ada yang membid'ahkah Sayyidina Umar kerana mensunnahkan solat terawih secara berjamaah..

Inilah bahana DAN bahaya ilmu yang TIDAK BERSANAD.

No comments: